30 June 2009

Kulliyyah Zohor : Ustaz Ariffin (Darul Fuqaha)

:: Download ::

Penceramah : Ustaz Ariffin (Darul Fuqaha)
Tempat : Surau blok C7, Parcel C, Putrajaya

26 June 2009

Asal-usul masyarakat Melayu suka baca surah Yasin?

belum ketemu lagi kajian yang dilakukan mengenai asal usul amalan Yasinan dikalangan masyarakat Melayu. Ada beberapa artikel yang ditulis dilaman web Indonesia dengan mengaitkan amalan Yaasinan dan Tahlilan ini kepada sejarah penyebaran Islam di Tanah Jawa itu sendiri. Dikatakan amalan-amalan ini merupakan penerapan budaya Islam dikalangan orang-orang Jawa yang pada masa itu berlatar belakangkan budaya Hindu-Buddha.

Penyebaran dakwah Islam dilakukan melalui metod ‘dakwah kultural’. Nama yang dikaitkan dengan metod ini ditujukan kepada seorang yang bernama Sunan Kalijaga, yang dikenali sebagai salah seorang dari Wali Sembilan, dan beliau dikenali sebagai budayawan. Sunan Kalijaga melihat masyarakat Jawa pada masa itu diwaktu malamnya akan menghabiskan masa mereka dengan bermain daun terup, minum minuman, majlis tari menari dan sebagainya.

Beliau telah berusaha mengkahwinkan budaya ini dengan menggantikan majlis-majlis tersebut dengan ritual bacaan Yaasin dan Tahlil. Sedikit demi sedikit dilaksanakan sehinggalah ia menjadi apa yang kita lihat sekarang ini. Dikatakan bahawa majlis-majlis bacaan Yaasin dan Tahlil ini sangat efektif pada masa dulu didalam penyebaran agama Islam. Barangkali mungkin budaya yang diamalkan di Tanah Jawa itu diamalkan didalam budaya orang Melayu di Malaysia ini.

Amalan ini dikuatkan lagi dengan riwayat-riwayat yang mereka bawa bagi menunjukkan bahawa surah Yaasin ini mempunyai banyak sekali fadhilat bagi mereka yang membacanya. Misalnya didalam sebuah riwayat, “Yasin lima quriat lahu”, maksudnya : Yaasin itu dibaca sesuai dengan NIAT orang yang membaca. Sudah tentu riwayat ini menjadi dalil kepada apa-apa yang kebaikkan yang dipohon, hendaklah membaca surah Yaasin, termasuklah membaca Yaasin pada mana-mana Majlis yang berkaitan dengan agama.

wallahu a'lam.

25 June 2009

Tuntutan al-Sunnah dalam bulan Rejab

Oleh Ustaz Fadlan Bin Mohd Othman

بسم الله الرحمن الرحيمإن الحمد لله نحمده ونستعينه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فلا مضل له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله.أما بعد؛

Segala puji bagi Allah Ta ‘ala yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita sebagai hamba-hambaNya. Di antara nikmat-nikmat tersebut ialah musim-musim ibadah yang diselang-selikan untuk hamba-hambaNya mendekatkan diri kepada Allah Ta‘ala dari semasa ke semasa.

Sebagai manusia, pastinya mempunyai macam-macam kelemahan. Akan tetapi pada masa yang sama, manusia juga mempunyai kecergasan yang perlu dimanfaatkan sebaik mungkin. Kita telah diarahkan supaya menjaga masa dan menjaga hak-hak khaliq dan makhluk.

Hadith Salman wajarlah menjadi pedoman kita dalam perkara ini. Kisah Salman dengan Abu Al-Darda’ adalah seperti berikut:عن أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ آخَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ سَلْمَانَ وَأَبِي الدَّرْدَاءِ فَزَارَ سَلْمَانُ أَبَا الدَّرْدَاءِ فَرَأَى أُمَّ الدَّرْدَاءِ مُتَبَذِّلَةً فَقَالَ لَهَا مَا شَأْنُكِ قَالَتْ أَخُوكَ أَبُو الدَّرْدَاءِ لَيْسَ لَهُ حَاجَةٌ فِي الدُّنْيَا فَجَاءَ أَبُو الدَّرْدَاءِ فَصَنَعَ لَهُ طَعَامًا فَقَالَ كُلْ قَالَ فَإِنِّي صَائِمٌ قَالَ مَا أَنَا بِآكِلٍ حَتَّى تَأْكُلَ قَالَ فَأَكَلَ فَلَمَّا كَانَ اللَّيْلُ ذَهَبَ أَبُو الدَّرْدَاءِ يَقُومُ قَالَ نَمْ فَنَامَ ثُمَّ ذَهَبَ يَقُومُ فَقَالَ نَمْ فَلَمَّا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ قَالَ سَلْمَانُ قُمْ الْآنَ فَصَلَّيَا فَقَالَ لَهُ سَلْمَانُ إِنَّ لِرَبِّكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِنَفْسِكَ عَلَيْكَ حَقًّا وَلِأَهْلِكَ عَلَيْكَ حَقًّا فَأَعْطِ كُلَّ ذِي حَقٍّ حَقَّهُ فَأَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [ صَدَقَ سَلْمَانُ.]
[1]

Maksudnya: Terdapat riwayat daripada Abu Juhfah katanya: Rasulullah r telah mempersaudarakan antara Salman dan Abu al-Darda’. Pada suatu hari Salman menziarahi Abu al-Darda’ dan dia melihat isteri Abu al-Darda’ tidak terurus. Salman bertanya kepadanya, “Kenapa kamu begini?” Isteri Abu al-Darda’ menjawab, “Saudaramu, Abu al-Darda’ tidak berhajat kepada dunia.” Apabila Abu al-Darda’ datang dan membuat hidangan untuk Salman, Salman mengajak beliau makan sekali. Abu al-Darda’ menjawab, “Saya Puasa.” Salman berkata, “Saya tidak akan makan jika kamu tidak makan.” Abu al-Darda’ pun makan bersama. Apabila tiba waktu tidur di permulaan malam, Abu al-Darda’ bangun untuk solat malam. Salman menyuruhnya tidur, lalu beliau pun tidur. Tidak lama kemudian Abu al-Darda’ bangun untuk solat malam. Sekali lagi Salman menyuruhnya tidur. Apabila sampai penghujung malam, Salman berkata, “Sekarang bangun.” Mereka pun bangun dan solat malam. Kemudian Salman berkata kepada Abu al-Darda’ “Sesungguhnya kamu mempunyai tanggungjawab terhadap Tuhanmu, tanggungjawab terhadap badanmu, tanggungajawab terhadap keluargamu; jadi hendaklah kamu melaksanakan tanggungjawab kamu kepada mereka semua.” Abu al-Darda’ kemudiannya pergi bertanya Rasulullah r tentang perkara ini lalu Baginda r berkata, “Benar kata Salman.”

Di samping itu kita juga mestilah mengetahui bahawa amalan yang terbaik di sisi Allah Ta‘ala ialah yang berterusan walaupun sedikit.

وَإِنَّ أَحَبَّ الأَعْمَالِ إِلَى اللهِ مَا دَامَ وَإِنْ قَلَّ.
[2]

Maksudnya: Sebaik-baik amalan di sisi Allah Ta'ala ialah yang berterusan walaupun sedikit.

Semua ini mestilah dilakukan dengan penuh keikhlasan dan menepati garis panduan yang telah diletakkan oleh Rasulullah s.a.w. Sebagaimana yang kita semua maklum, al-Ikhlas dan menepati al-Sunnah adalah dua syarat penerimaan amalan kita di sisi Allah Ta‘ala selepas wujud keimanan.

Perkara pertama adalah amat penting. Sesuatu amalan yang tidak disulami al-Ikhlas akan tinggal amalan yang kering dan tidak bermaya. Penelitian terhadap sirah dan sejarah para ulamak akan banyak membantu individu muslim untuk menerapkan sifat mulia ini di dalam kehidupan hariannya.

Selepas memastikan kewujudan al-Ikhlas, datanglah giliran al-Sunnah untuk diterapkan dalam kehidupan kita. Apabila melihat kepada al-Sunnah pastilah perbincangan di sini menjurus kepada dua perkara iaitu kesahihan hadith dan ikutan terhadapnya.

Orang yang mahir dalam disiplin hadith akan digelar ‘Sahibu hadith’ manakala orang yang menitik-beratkan ikutan terhadap hadith akan digelar ‘Sahibu sunnah.’ Apapun gelarannya, kedua-duanya amat diperlukan oleh kita di Malaysia khususnya dan di Nusantara umumnya.

Di dalam lembaran-lembaran berikut, perbincangan akan dihalakan kepada tuntutan al-Sunnah dalam tiga bulan tertentu iaitu bulan Rejab, Sya‘ban dan Ramadhan. Secara umumnya, bersesuaian dengan tajuk perbincangan, kita akan menekankan amalan-amalan yang disinari cahaya al-Sunnah. Amalan-amalan yang ditutup oleh kegelapan al-Bid‘ah pula hanya akan disentuh secara ringkas sahaja.

Ini semua dilakukan berdasarkan ayat-ayat al-Quran, hadith-hadith Nabi s.a.w. serta pandangan-pandangan para ulamak yang muktabar.

Semoga perbincangan yang serba ringkas dapat sedikit-sebanyak membantu kita di dalam beramal dengan sunnah Rasulullah s.a.w. serta memartabatkannya di dalam kehidupan seharian kita demi untuk membuktikan ketulusan cinta kita kepada Allah Ta‘ala, Tuhan sekelian alam. Allah jualah yang dipohon agar memberi kita ganjaran yang berlipat ganda dan mengampunkan kesilapan-kesilapan kita di dalam usaha ini. Amin.

1- Tuntutan al-Sunnah: Rejab.

Berkenaan dengan bulan Rejab, sebenarnya tidak terdapat dalil-dalil yang menentukan kelebihan bulan ini. Justeru, dapatlah diringkaskan bahawa bulan ini samalah dengan bulan-bulan lain. Untuk mendapat gambaran ringkas tentang tuntutan al-Sunnah di dalam bulan ini perhatikanlah kenyataan-kenyataan berikut:

1- al-Quran menjelaskan bahawa bulan Rejab adalah salah satu daripada al-Ashhur al-Hurum (bulan-bulan haram). Firman Allah Ta‘ala (al-Taubah 9:36):

Maksudnya: Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

الزَّمَانُ قَدْ اسْتَدَارَ كَهَيْئَةِ يَوْمَ خَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ السَّنَةُ اثْنَا عَشَرَ شَهْرًا مِنْهَا أَرْبَعَةٌ حُرُمٌ ثَلَاثَةٌ مُتَوَالِيَاتٌ ذُو الْقَعْدَةِ وَذُو
الْحِجَّةِ وَالْمُحَرَّمُ وَرَجَبُ مُضَرَ الَّذِي بَيْنَ جُمَادَى وَشَعْبَانَ
3]

Maksudnya: Sesungguhnya waktu telah kembali seperti keadaannya pada hari Allah mencipta langit dan bumi. Satu tahun mempunyai 12 bulan. Di kalangannya 4 bulan haram, 3 berterusan; Zul Qi‘dah, Zul Hijjah dan al-Muharram serta Rejab kabilah Mudar di antara Jumada dan Sya‘ban.

2- Tiada solat khas dalam bulan Rejab:وقال النووي رحمه الله تعالى "واحتج به العلماء على كراهة هذه الصلاة المبتدعة التي تسمى الرغائب قاتل الله واضعها ومخترعها فإنها بدعة منكرة من البدع التي هي ضلالة وجهالة وفيها منكرات ظاهرة وقد صنف جماعة من الأئمة مصنفات نفيسة في تقبيحها وتضليل مصليها ومبتدعها ودلائل قبحها وبطلانها وتضلل فاعلها أكثر من أن تحصر"
[4]

Maksudnya: Imam al-Nawawi telah berkata ‘Para ulamak telah berhujjah dengannya ke atas kebencian solat yang yang bid‘ah ini yang dinamakan al-Raghaib. Semoga Allah memerangi pemalsunya dan penciptanya. Sesungguhnya ia adalah bid‘ah yang munkar yang terdiri daripada bid‘ah-bid‘ah yang sesat dan kejahilan. Di dalamnnya terdapat kemungkaran yang jelas. Sekumpulan para ulamak telah menulis tulisan-tulisan yang bermutu dalam memburukkannya dan menyesatkan orang yang bersolat dengannya dan menciptanya.

Dalil-dalil berkenaan kekejiannya, kebatilannya dan kesesatan pembuatnya amat banyak sehingga tidak terbilang.
وقال الحافظ ابن رجب رحمه الله تعالى " فأما الصلاة فلم يصح في شهر رجب صلاة مخصوصة تختص به والأحاديث المروية في فضل صلاة الرغائب في أول جمعة من شهر رجب كذب وباطل لا تصح وهذه الصلاة بدعة عند جمهور العلماء ... وأول ما ظهرت بعد الأربعمائة فلذلك لم يعرفها المتقدمون ولم يتكلموا فيها " ا.هـ( لطائف المعارف / 228) .

Maksudnya: Berkenaan dengan solat, di dalam bulan Rejab tidak terdapat solat yang khas untuk bulan ini. Hadith-hadith yang diriwayatkan berkenaan kelebihan solat al-Raghaib pada Jumaat pertama bulan Rejab adalah penopuan dan batil serta tidak sah. Solat ini adalah bid‘ah di sisi kebanyakan ulamak… Kali pertama solat ini muncul ialah selepas tahun 400. Oleh sebab itulah ianya tidak diketahui oleh ulamak terdahulu dan mereka tidak membincangkannya.

3- Berpuasa di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:قال ابن القيم "كل حديث في ذكر صوم رجب وصلاة بعض الليالي فيه فهو كذب مفترى"
[5]

Maksudnya: Semua hadith yang menyatakan puasa bulan Rejab dan solat sebahagian malam-malamnya adalah penipuan yang direka.

وقال الحافظ ابن حجر " لم يرد في فضل شهر رجب ولا في صيامه ولا صيام شيء منه معيَّن ولا في قيام ليلة مخصوصة فيه حديث صحيح يصلح للحجة " ا.هـ تبيين العجب / 11 ( وأنظر : لطائف المعارف /228 )

Maksudnya: Tidak terdapat hadith sahih yang boleh dijadikan hujah berkenaan kelebihan bulan Rejab, puasa bulan ini, puasa hari-hari tertentu bulan ini mahupun bangun malam tertentu pada bulan ini.

4- Membuat umrah di bulan Rejab tidak mempunyai keistimewaan tertentu:Setakat ini, penulis masih belum berjumpa dengan hadith sahih yang menerangkan kelebihan umrah di bulan Rejab. Ya, terdapat beberapa riwayat golongan Syi‘ah yang mengatakan umrah bulan Rejab adalah umrah yang terbaik. Akan tetapi Ahl al-Sunnah tidak menerima periwayatan mereka di samping riwayat tersebut tidak bersambung kepada Rasulullah s.a.w.

5- Malam al-Isra’ wal-Mi‘raj tidak sah pada malam ke 27 bulan Rejab:

قال الحافظ ابن كثير الدمشقي رحمه الله تعالى: (وقد أورد-أي عبدالغني المقدسي- حديثاً لا يـصـحّ سـنـــده ذكرناه في فضائل شهر رجب أن الإسراء كان ليلة السابع والعشرين من رجب والله أعلم. ومن الناس من يزعم أن الإسراء كان أول ليلة جمعة من شهر رجب, وهي ليلة الرغائب التي أُحدثت فيها الصلاة


المشهورة, ولا أصل لذلك والله أعلم)
[6]
Maksudnya: al-Imam Ibnu Kathir telah berkata (Abdul Ghani al-Maqdisi telah meriwayatkan sebuah hadith yang tidak sah sanadnya dan kami telah jelaskan dalam ‘Fadail Shahr Rajab’ bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada malan ke-27 bulan Rejab, Allah jua yang lebih mengetahui. Ada juga di antara manusia yang menyangka bahawa peristiwa al-Isra’ telah berlaku pada Jumaat pertama dalam bulan Rejab, iaitulah malam al-Raghaib yang dicipta padanya solat yang masyhur, sedangkan tiada asal bagi perkara ini, Allah jua yang lebih mengetahui.)

Kesimpulannya, amalan-amalan di bulan Rejab adalah sama seperti amalan-amalan di bulan-bulan lain. Perkara yang membezakannya ialah bulan ini tergolong dalam bulan-bulan haram yang mana kezaliman dan peperangan tanpa sebab amat dimurkai oleh Allah Ta’ala berbanding dengan bulan-bulan lain.

[1] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Man Aqsama ‘ala Akhihi Liyuftir, No. 1832.
[2] HR al-Bukhari, No. 5523. Juga Muslim, No. 782.
[3] HR al-Bukhari, Kitab al-Maghazi, Bab Hajjah al-Wida’, No. 4054. Juga Muslim, Kitab al-Qasamah Wa al-Muharibin Wa al-Qisas Wa al-Diyat, BabTaghliz Tahrim al-Dima’ Wa al-A‘rad Wa al-Amwal, No. 3179.

[4] Sila lihat al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, Jil. 8 Hlm. 20.
[5] Sila lihat Ibnu al-Qayyim, al-Manar al-Munif, Hlm. 96.
[6] Sila lihat Ibnu Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, Jil. 3 Hlm. 136-137.
[7] HR al-Bukhari, Kitab al-Saum, Bab Saum Sya‘ban, No. 1834. Juga Muslim, Kitab al-Siyam, Bab Siyam al-Nabi s.a.w. Fi Ghair Ramadhan Wa Istihbab An La Yukhliya Shahran ‘An Saum, No. 1957.
[8] HR Ibnu Abi ‘Asim, Ibnu Hibban dan lain-lain, dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah, No. 1144.
[9] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah al-Saum Fi al-Nisf al-Thani Min Sya‘ban Li Hal Ramadhan, No. 669.
[10] HR Muslim, Kitab al-Siyam, Bab La Taqaddamu Ramadhan Bi Saum Yaum Wa La Yaumain, No. 1912.
[11] HR al-Tirmizi, Kitab al-Saum, Bab Ma Ja’ Fi Karahiyah Saum Yaum al-Syak, No. 622. Dihukum Sahih oleh al-Albani dalam Sahih Sunan Abi Daud, No. 686.Cetak Halaman

24 June 2009

7 tempat berdoa dalam solat

Tempat-tempat Rasullullah berdoa di dalam solat ada tujuh :

Pertama; setelah takbirratul ihram, di tempat membaca doa istiftah.

Kedua; setelah ruku’ dan setelah selasai bacaan al-quran pada solat witir dan qunut yang dibaca pada solat subuh sebelum ruku’ jika hal itu shahih. Namum dalam masalah ini perlu penelitian lebih lanjut.

Ketiga; setelah I’tidal (bangun) dari ruku’,

Keempat; di ruku’. Di mana pada saat ini beliau biasa mengucapkan

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِيْ
“Maha Suci Engkau, ya Allah! Tuhanku, dan dengan pujiMu. Ya Allah! Ampunilah dosaku" (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

Kelima; ketika sujud. Majoriti doa Rasullullah dipanjangkan dalam sujudnya

Keenam; pada waktu duduk di antara dua sujud

Ketujuh; setelah tasyahud dan sebelum salam.

Sumber: zadul ma’ad, ibnu qayyim al-jauziyah

20 June 2009

Boleh jamak solat melebihi 3 hari.

Terdapat pendapat dari kalangan Ulama yang membenarkan seseorang itu menjamak dan menqasarkan solatnya walaupun melebihi daripada 3 hari , dengan syarat ia tidak berniat untuk bermaustatin di atau menetap di tempat tersebut.dalam erti kata lain , ia pergi bermusafir atas suatu urusan dan akan kembali semula ke tempat tinggalnya.

Dalilnya , ialah hadis Anas bin Malik r.a :

خرجنا مع رسول الله صلى الله عليه وسلم من المدينة الى مكة فكان يصلى ركعتين ركعتين حتى رجعنا الى المدينة

"Kami telah keluar (bermusafir) bersama Rasulullah saw dari Madinah ke Mekkah.Maka Baginda saw bersolat dengan 2 rakaat 2 rakaat sehinggalah kami pulang” (HR Imam Bukhari 1081 , Imam Muslim : 693)

Dalil di atas jelas menunjukkan bahawa Rasulullah saw mengerjakan solat secara qasar selama mana tempoh berada di Mekkah sehinggalah Baginda saw pulang semula ke Madinah. Malah dalam riwayat yang lain dinyatakan bahawa tempoh masa Rasulullah saw berada di Mekkah atau dalam perjalanan ke Mekkah sebagaimana berikut :
* 19 hari (Riwayat dan lafaz dari Imam Bukhari , dari Ibn Abbas : 1080)
* 15 hari (HR Abu Daud : 1230 , 1231)
* 18 hari (HR Abu Daud : 1229)
* Rasulullah saw berada di Tabuk dan mengqasarkan solat selama 20 hari (HR Abu Daud : 1235)

Maka pendapat yang rajihnya ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Syaikhul Islam Ibn Taimiyyah bahawa , seseorang yang bermusafir , dibolehkan untuk menjamak dan menqasarkan solatnya selama mana pun tempohnya selagi mana ia tidak berniat Iqamah (menetap) di tempat tersebut.

Ruj : Taudhih al-Ahkam min Bulughil Maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Jilid 2 , bab Solat dalam keadaan musafir dan sakit.

12 June 2009

Mempelbagaikan doa : Doa Iftitah

Doa Iftitah yang biasa kita baca waktu solat :

وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ حَنِيفًا وَمَا أَنَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ لَا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا مِنْ الْمُسْلِمِينَ اللَّهُمَّ أَنْتَ الْمَلِكُ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ أَنْتَ رَبِّي وَأَنَا عَبْدُكَ ظَلَمْتُ نَفْسِي وَاعْتَرَفْتُ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي ذُنُوبِي جَمِيعًا إِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ وَاهْدِنِي لِأَحْسَنِ الْأَخْلَاقِ لَا يَهْدِي لِأَحْسَنِهَا إِلَّا أَنْتَ وَاصْرِفْ عَنِّي سَيِّئَهَا لَا يَصْرِفُ عَنِّي سَيِّئَهَا إِلَّا أَنْتَ لَبَّيْكَ وَسَعْدَيْكَ وَالْخَيْرُ كُلُّهُ فِي يَدَيْكَ وَالشَّرُّ لَيْسَ إِلَيْكَ أَنَا بِكَ وَإِلَيْكَ تَبَارَكْتَ وَتَعَالَيْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوبُ إِلَيْكَ

"Aku hadapkan wajahku kepada Allah, Maha pencipta langit dan bumi dengan keadaan ikhlas dan tidak mempersekutukan-Nya. Sesungguhnya solatku, segala ibadatku, hidupku dan matiku hanya semata-mata untuk Allah Tuhan Semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya dan kerana itu aku patuh kepada perintah-Nya dan berserah diri kepada-Nya.

Ya Allah! Engkaulah Maha Penguasa. Tidak ada Tuhan selain Engkau. Engkaulah Tuhanku dan aku adalah hamba-Mu. Aku zalim terhadap diriku dan aku sedar dengan dosa-dosaku. kerana itu ampunilah dosa-dosaku semuanya. Sesungguhnya tidak ada yang mengampuni segala dosa melainkan hanya Engkau. Dan tunjukkanlah aku akhlak yang paling baik. Sesungguhnya tidak ada yang dapat menunjukkannya melainkan hanya Engkau. Dan buanglah daripadaku Akhlak yang buruk. Kerana sesungguhnya tidak ada yang sanggup membuangnya melainkan hanya Engkau. Ku patuhi segala perintah-Mu, dan ku hentikan segala larangan Mu. Segala kebajikan berada di tangan-Mu, Sedangkan kejahatan tidak datang daripada-Mu. Aku berpegang teguh dengan-Mu dan kepada-Mu. maha Suci Engkau dan Maha Tinggi. Ku mohon ampun daripada-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu"

Sahih Muslim

Selain dari pada doa di atas boleh juga kita mempelbagaikan doa iftitah yang lain supaya solat kita lebih segar kerana tidak terikat dengan hanya satu bacaan sahaja :)

اَللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِيْ وَبَيْنَ خَطَايَايَ كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ، اَللَّهُمَّ نَقِّنِيْ مِنْ خَطَايَايَ، كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ مِنْ خَطَايَايَ بِالثَّلْجِ وَالْمَاءِ وَالْبَرَدِ.

“Ya Allah, jauhkan antara aku dan kesalahan-kesalahanku, sebagaimana Engkau menjauhkan antara timur dan barat. Ya Allah, bersihkanlah aku dan kesalahan- kesalahanku, sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran. Ya Allah, cucilah aku dari kesalahan-kesalahanku dengan salju, air dan air es”.

HR. Al-Bukhari dan Muslim

اَللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرَائِيْلَ، وَمِيْكَائِيْلَ، وَإِسْرَافِيْلَ فَاطِرَ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ، عَالِمَ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ، أَنْتَ تَحْكُمُ بَيْنَ عِبَادِكَ فِيْمَا كَانُوْا فِيْهِ يَخْتَلِفُوْنَ. اِهْدِنِيْ لِمَا اخْتُلِفَ فِيْهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِكَ تَهْدِيْ مَنْ تَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ.

“Ya Allah, Tuhan Jibrail, Mikail dan Israfil. Wahai Pencipta langit dan bumi. Wahai Tuhan yang mengetahui yang ghaib dan nyata. Engkau yang menjatuhkan hukum (untuk memutuskan) apa yang mereka (orang-orang kristen dan yahudi) pertentangkan. Tunjukkanlah aku pada kebenaran apa yang dipertentangkan dengan seizin dariMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan pada jalan yang lurus bagi orang yang Engkau kehendaki”.

HR. Muslim

اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ، [وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ][وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ][وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَاوَاتِ وَاْلأَرْضِ][ وَلَكَ الْحَمْدُ][أَنْتَ الْحَقُّ، وَوَعْدُكَ الْحَقُّ، وَقَوْلُكَ الْحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ الْحَقُّ، وَالْجَنَّهُ حَقُّ، وَالنَّارُ حَقُّ، وَالنَّبِيُّوْنَ حَقُّ، وَمُحَمَّدٌ حَقُّ، وَالسَّاعَةُ حَقُّ][اَللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ. فَاغْفِرْ لِيْ مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ][أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ][أَنْتَ إِلَـهِيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ].

Apabila Nabi Shallallahu’alaihi wasallam shalat Tahajud di waktu malam, beliau membaca: “Ya, Allah! BagiMu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta seisinya. BagiMu segala puji, Engkau yang mengurusi langit dan bumi serta seisinya. BagiMu segala puji, Engkau Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta seisinya. BagiMu segala puji dan bagi-Mu kerajaan langit dan bumi serta seisi-nya. BagiMu segala puji, Engkau benar, janjiMu benar, firmanMu benar, bertemu denganMu benar, Surga adalah benar (ada), Neraka adalah benar (ada), (terutusnya) para nabi adalah benar, (terutusnya) Muhammad adalah benar (dariMu), kejadian hari Kiamat adalah benar. Ya Allah, kepadaMu aku menyerah, kepadaMu aku bertawakal, kepadaMu aku beriman, kepadaMu aku kembali (bertaubat), dengan pertolonganMu aku berdebat (kepada orang-orang kafir), kepadaMu (dan dengan ajaran-Mu) aku menjatuhkan hukum. Oleh karena itu, ampunilah dosaku yang telah lewat dan yang akan datang. Engkaulah yang mendahulukan dan mengakhirkan, tiada Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau”.

HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari 3/3, 11/116, 13/371, 423, 465 dan Muslim meriwayatkannya dengan ringkas 1/532.

11 June 2009

Kedudukan seorang wanita jika berjemaah dengan imam lelaki



Kedudukan seorang wanita jika berjemaah dengan imam lelaki ialah berdiri keseorangan di belakangnya.

Dalilnya kisah Nabi صلى الله عليه و سلم bersolat di rumah wanita tua bernama Mulaikah r.a. Anas bin Malik menceritakan:
وصففت أنا واليتيم وراءه والعجوز من ورائنا فصلى لنا رسول الله صلى الله عليه و سلم ركعتين ثم انصرف

Maksudnya: Aku berdiri satu saf dengan seorang budak yatim, dan wanita tua di belakang kami. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersembahyang dengan kami dua rakaat, kemudian beredar. Direkod oleh Bukhari dan Muslim.

Kata Al-Hafiz Ibn Hajar dan Imam Nawawi: Ia menunjukkan seorang wanita hendaklah berdiri seorang diri di belakang jika tidak ada makmum wanita lain. (Fathul Bari, Syarah Muslim)

Jika wanita berdiri di sebelah kanan atau kiri, sah solatnya cuma tidak bertepatan dengan sunnah.

Jika perempuan tidak biasa dengan kedudukan di belakang imam, maka hendaklah dibiasakan dan diterangkan sunnah dan pendapat ulama berkenaan dengannya. Lama kelamaan, ia tidak lagi dirasakan asing.

::
DOWNLOAD GAMBARAJAH KEDUDUKAN MAKMUM ::

Wallahu A'lam.

09 June 2009

Kulliyyah Zohor : Ustaz Shauqi Othman

:: DOWNLOAD ::

Kulliyyah Zohor kitab Sirus Salihin oleh Ustaz Shauqi Othman (UPM). Bab Solat Jumaat. 15 Jamadilakhir 1430 / 9 Jun 2009 bertempat di Surau Blok C7 Kompleks C, Putrajaya.

Majlis Makan Malam & Ceramah bersama Tuan Guru YAB Dato' Nik Aziz Nik Mat



:: DOWNLOAD ::
Tarikh : 14 Jamadilakhir / 8hb Jun 2009 (Isnin)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Surau An-Nur

08 June 2009

Sirah : Al-Raheeq al-Makhtum

:: DOWNLOAD ::

SIRAH NABAWIYYAH
Al-Raheeq al- Makhtum


Syeikh Safy al-Rahman al-Mubarakfuriyy India
Pemenang Hadiah Pertama
Pertandingan Seerah Rabitah Alam Islam, Mekkah

02 June 2009

Doa Penghulu Istighfar

٦٣٠٦- حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا الْحُسَيْنُ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ قَالَ حَدَّثَنِي بُشَيْرُ بْنُ كَعْبٍ الْعَدَوِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ قَالَ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَمَنْ قَالَهَا مِنْ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ

Abu Ma`mar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd al-Warits telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Husain telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdullah bin Buraidah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Busyair bin Ka`ab al-‘Adawi telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Syaddad bin Aus telah meriwayatkan kepada saya daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Penghulu istighfar itu ialah engkau berkata:

“Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku akan setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung kepadaMu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmatMu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau."

Nabi s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengucapkan begitu pada waktu siang dengan penuh yakin dengan apa yang diucapkan lalu dia mati pada hari itu sebelum habis waktu petang maka dia adalah ahli syurga dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam dalam keadaan dia benar-benar yakin dengannya lalu dia mati sebelum waktu pagi maka dia adalah ahli syurga.”

Hadith riwayat Bukhari

01 June 2009

Kulliyyah magrib : Zamihan Zin

Download

Penceramah : Zamihan Zin
Tajuk : Budaya Satamisme
Tempat : Surau An Nur Bandar Baru Bangi
Tarikh : 5 jamadilakhir 1430 / 30 Mei 2009

30 May 2009

Khutbah Jumaat Ustaz Hasrizal Jamil

DOWNLOAD

Penyampai : Ustaz Hasrizal Abd Jamil
Tarikh : Jumaat 20 Jamadilakhir 1430 / 15 Mei 2009
Tempat : Surau Al-Munir

29 May 2009

Kulliyyah : Hadith sifat solat - Siri 3

Download


Siri Hurian hadith berkaitan sofat solah. Membincangkan hadith daripada Sahin al-Bukhari dan Sahih Muslim berkaitan sifat solat. Menggunkan buku al-Wafi Bi Fi al-Sahihain' susunan Syeikh Soleh Ahmad al-Syami.


Penyampai : Ustaz Adlan bin Abd. Aziz

Tarikh: Rabu, 2 Jamadilakhir 1430 / 27 Mei 2009

Tempat : Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia

20 May 2009

Hadith masyhur yang palsu (2) "Syahwat Wanita Berlipat Ganda Atas Syahwat Lelaki?"

MUKADDIMAH

Kita sering mendengar ucapan ramai orang bahawa syahwat kaum wanita melebihi berlipat-lipat dari syahwat kaum lelaki. Sepintas, ucapan itu terkesan benar, namun benarkah demikian? Adakah dasarnya? Silahkan baca selanjutnya!!

TEKS HADITS

إِِنَّ شَهْوَةَ الِّنسَاءِ تُضَاعِفُ عَلَى شَهْوَةِ الِّرجَالِ

Sesungguhnya syahwat kaum wanita berlipat ganda melebihi syahwat kaum lelaki.

Imam as-Suyuthi (pengarang kitab rujukan kajian ini) mengatakan, Di dalam kitab al-Awsath dari hadith Ibn ‘Umar terdapat lafaz:

فُضِّلَتِ اْلمَرْأَةُ عَلَى الرَّجُلِ بِتِسْعَةٍ وَتِسْعِيْنَ مِنَ الَّلذَّةِ وَلَكِنَّ اللهَ تَعَالَى أَلْقَى عَلَيْهِنَّ الْحَيَاءَ

Wanita dilebihkan atas lelaki sebanyak sembilan puluh sembilan kenikmatan (seksual) akan tetapi Allah Ta’ala melemparkan sifat malu pada mereka.

KUALITAS HADITS

Syaikh Muhammad Luthfi ash-Shabbagh (penahqiq kitab rujukan kajian ini) mengatakan: Kualiti hadith di atas adalah MAWDHU’ (PALSU), untuk itu silahkan lihat: -

Dha’iif al-Jaami’, no.3981 karya al-Albani. Beliau (Syaikh al-Albani) berkata, “Lemah sekali.”
- al-Maqaashid al-Hasanah karya as-Sakhawy, h.255. Di dalam sanadnya terdapat Daud, Mawla Abi Mukammil yang merupakan Munkar al-Hadith (periwayat hadith munkar)
- Faydh al-Qadiir karya al-Manawi. Beliau (al-Manawi) berkata, “al-Bukhari berkata, ‘Munkar al-Hadith.’ “ Syaikh Lutfhi berpandangan, “Menurutku, juga terdapat periwayat bernama Ibn Lahii’ah dan Usamah bin Zaid al-Laitsy yang dimasukkan oleh Imam adz-Dzahabi dalam bukunya adh-Dhu’afaa’ (para periwayat yang lemah), yang berkata, ‘Ia (Usamah) seorang periwayat yang Layyin (ungkapan lain untuk kualitas periwayat yang lemah).”
- TamyÎz ath-Thayyib Min al-Khabiits… karya Ibn ad-Dubai’, h.92 - Kasyf al-Khafaa` karya al-‘Ajluny, Jld.II, h.15 - Al-Fawaa`id karya asy-Syawkany, h.136

(SUMBER: ad-Durar al-Muntatsiarah Fi al-Ahaadiits al-Masyhuurah karya Imam as-Suyuthy, tahqiq, Syaikh Muhammad Luthfy ash-Shhabbaagh, h.156, hadits no.337)

18 May 2009

Kulliyyah Magrib Ustaz Zahazan : Syamail Muhammad


Kulliyyah Magrib di Surau An Nur oleh Ustaz Zahazan Mohamed. Kulliyyah membincangkan hadith di dalam kitab syamail Muhammad Pada 21 Jamadilawal 1430 / 16.5.2009.

16 May 2009

Hadith : "Surga itu di bawah telapak kaki ibu"

Mukaddimah

Hadith ini tentunya tidak lagi asing bagi siapa pun, sebab sangat sering diucapkan ataupun didengar melalui berbagai media. Namun ada hal yang perlu diklarifikasi lagi mengingat penisbahannya kepada sabda Rasulullah bukanlah hal main-main; apakah kualiti hadith dengan redaksi seperti itu dapat dipertanggungjawabkan atau tidak? Kalau, begitu apakah ada hadits dengan naskah yang lain? Ataukah hanya maknanya saja yang shahih? Naskah hadith

اْلجَنَّةُ تَحْتَ أَقْدَامِ اْلأُمَّهَاتِ

"Surga itu di bawah telapak kaki ibu."

Penjelasan:

Hadith dengan redaksi seperti ini disebutkan oleh Imam as-Suyûthiy di dalam kitabnya ad-Durar al-Muntsirah Fi al-Ahâdîts al-Musytahirah (buku yang kami gunakan sebagai rujukan dalam kajian ini), dengan menyatakan bahawa ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dari hadith Anas. Namun penahqiq (analis) atas buku tersebut, yaitu Syaikh. Muhammad Luthfy ash-Shabbâgh memberikan beberapa anotasi berikut: "hadith dengan redaksi (lafaz) seperti ini kualitinya Dla'îf (lemah). Menurut saya, menisbahkannya kepada Imam Muslim perlu diberi catatan. Imam ash-Shakhawiy berkata, 'Demikian ini, padahal ad-Dailamiy telah menisbahkannya kepada Imam Muslim dari Anas, kerana itu perlu diperiksa kembali.' Al-Ghumâriy ketika memberikan anotasi atas hal itu berkata, 'Sama sekali Imam Muslim tidak mengeluarkan hadith ini, sekalipun Imam az-Zarkasyiy dan as-Suyûthiy menisbahkan kepadanya mengikuti Imam ad-Dailamiy.' Untuk itu, perlu merujuk kepada buku-buku berikut:


- Ahâdîts al-Qushshâsh karya Ibn Taimiyyah, h.70
- al-Maqâshid al-Hasanah Fî Bayân Katsîr Min al-Ahâdîts al-Musytahirah 'Ala al-Alsinah, karya as-Sakhâwiy, h.176
-Tamyîz ath-Thayyib Min al-Khabîts Fîmâ Yadûr 'Ala Alsinah an-Nâs Min al-Hadîts, karya Ibn ad-Diba', h.63
- Kasyf al-Khafâ` wa Muzîl al-Ilbâs 'Amma isytahara Min al-Ahâdîts 'Ala Alsinah an-Nâs, karya al-'Ajlûniy, Jld.I, h.335
- Mîzân al-I'tidâl, karya Imam adz-Dzhabiy, jld.IV, h.220
- al-Fawâ`id al-Maudlû'ah Fil Ahâdîts al-Mawdlû'ah karya al-Karmiy, Hal.147
- al-Kâmil karya Ibn 'Adiy, Jld.VI, h.2347
- Dla'îf al-Jâmi' karya Syaikh Nashiruddin al-Albâniy, No.2666

Syaikh al-Albâniy berkata, 'hadith tersebut (diatas) tidak diperlukan lagi karena sudah ada hadith sebelumnya yang dimuat di dalam kitab ash-Shahîh, no.1249 dengan lafazh,


اِلْزَمْهَا فَإِنَّ اْلجَنَّةَ تَحْتَ أَقْدَامِهَا


"Berbaktilah terus kepadanya (ibu) kerana surga itu berada di bawah telapak kakinya."

Yang dimaksud oleh Syaikh al-Albâniy tersebut adalah hadith yang diriwayatkan Mu'âwiyah bin Jâhimah yang dikeluarkan Imam Ahmad (Jld.III:429) dan an-Nasâ`i. Lihat juga, Sunan Ibn Mâjah, no.2781 dan al-Mustadrak karya al-Hâkim, Jld.II, h.104." (Sumber: ad-Durar al-Muntsirah Fi al-Ahâdîts al-Musytahirah karya Imam as-Suyûthiy, tahqiq Syaikh. Muhammad Lutfhfy ash-Shabbâgh, h.105-106, no.178)

14 May 2009

Kulliyyah Zohor : Tafsir Al-Quran

:: DOWNLOAD ::

Kulliyyah Zohor.Tafsir Al-Quran oleh Ustaz Ab. Rahman bin Awang Soh dari IPIS. 19 Jamadilawal 1430 / 14 May 2009. Di surau Blok C7 Kompleks C, Putrajaya.

Tahukah Anda ??

Tahukah anda:

1) Jika anda membaca Al-Quran empat mukasurat sahaja (dua helai) setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan 30 juz dalam masa sebulan.


2) Jika anda membaca Sahih Bukhari 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkan bacaan keseluruhan Sahih Bukhari dalam masa 2 bulan sahaja. (Cetakan Dar Al-Salam: 1300 halaman)

3) Jika anda membaca Mukhtasar Sahih Muslim 11 mukasurat sahaja pada waktu pagi, dan 11 mukasurat sebelum tidur, anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja. (CetakanDar Al-Fikr: 670 halaman).

4) Jika anda membaca 45 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Bulugul Maram dalam masa seminggu.

5) Jika anda membaca 16 hadis sahaja setiap kali selepas sembahyang fardhu, anda dapat menamatkan bacaan Musnad Ahmad dalam masa setahun sahaja. (50 jilid)

6) Jika anda membaca kitab Syamail Al-Nabi S.A.W oleh Imam Tirmzi, sebanyak 27 mukasurat sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa seminggu.

7) Jika anda membaca kitab Al-Adab Al-Mufrad oleh Imam Bukhari, sebanyak 15 hadis sehari, anda dapat menamatkannya dalam masa 3 bulan. Dan jika anda membacanya sebanyak 45 hadis sehari anda dapat menamatkannya dalam masa sebulan sahaja.

8) Jika anda membaca kitab Ahkam Al-Quran oleh Imam Syafie sebanyak 37 mukasurat setiap hari, anda dapat menamatkannya dalam masa 2 minggu.

9) Jika anda menghafal satu rangkap syair sahaja setiap hari daripada kitab Alfiyah Ibn Malik, anda dapat menghafal keseluruhan 1000 rangkap syair Alfiyah dalam masa tidak sampai 3 tahun.

10) Jika anda menghafal dua hadis sehari, anda dapat menamatkan hafalan keseluruhan hadis-hadis Umdatul Ahkam dalam masa 8 bulan.

11) Jika anda membaca dan menghafal satu persoalan feqah sehari, berserta dengan khilaf dan dalilnya, maka dalam tempoh 3 tahun anda sudah menguasai lebih 1000 masalah feqah.

12) Jika anda menghafal 2 rangkap syair sahaja sehari, anda dapat menghafal keseluruhan syair matan Al-Baiquniyyah (Mustalah Hadis) dalam masa tidak sampai 3 minggu.

13) Jika anda menghafal 2 hadis sahaja setiap hari secara konsisten bermula hari ini, percayalah 30 tahun akan datang anda boleh berbangga di hadapan cucu-cucu anda dengan berkata, “Atuk sudah menghafal lebih 20,000 hadis”.

sumber : http://abuumair1.wordpress.com

13 May 2009

Kulliyyah Maghrib : Hadith 40 Imam Nawawi

:: DOWNLOAD ::

Kulliyyah Magrib di Surau Ar-Rahman Presint 16 Putrajaya. Penceramah, Ustaz Hafizi bin Sulaiman dari JAKIM. Kulliyyah berkenaan hadith 40 Imam Nawawi.

12 May 2009

Kulliyyah Zohor : Kitab Sirus Salikin

:: DOWNLOAD ::

Kulliyyah Zohor kitab Sirus Salihin oleh Ustaz Shauqi Othman. 17 Jamadilawal 1430 / 12 Mei 2009 bertempat di Surau Blok C7 Kompleks C, Putrajaya.

Riwayat Yang Benar mengenai Tsa'labah bin Hathib

Pendahluan :

Ibnu Abbas berkata : "Janganlah kalian mencaci maki atau menghina para sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم . Sesungguhnya kedudukan salah seorang dari mereka bersama Rasulullah sesaat itu lebih baik dari amal seorang dari kalian selama 40 (empat puluh tahun)". (Hadits Riwayat Ibnu Batthah dengan sanad yang shahih. Lihat Syarah Aqidah Thahawiyah hal. 469, Takhrij Syaikh Al-Albani).

Menjungjung tinggi nama baik sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم merupakan kewajiban syar'i dan merupakan tuntunan agama. Memberikan penghormatan, keridhaan, serta pujian kepada mereka adalah salah satu prinsip dasar dari prinsip-prinsip aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah.

Tulisan dibawah ini sengaja kami angkat dengan maksud untuk Meluruskan Cerita Tentang Tsa'labah bin Hathib, di mana sebagian dari kaum muslimin sering membawakan riwayat Tsa'labah untuk contoh kebakhilan, tanpa berusaha untuk merujuk atau memeriksa kembali kebenaran dari riwayat tersebut.


Hadith Tsa'labah bin Hathib :


"Ertinya : Celaka engkau wahai Tsa'labah ! Sedikit engkau syukuri itu lebih baik dari harta banyak yang engkau tidak sanggup mensyukurinya. Apakah engkau tidak suka menjadi seperti Nabi Allah ?. Demi yang diriku di tangan-Nya, seandainya aku mahu gunung mengalirkan perak dan emas, niscaya akan mengalir untukku".


Hadits ini diriwayatkan oleh Al-Bawardy, Al-Baghawy, Ibnu Qani', Ibnu Sakan, Ibnu Syahiin, Thabrany, Dailamy dan Al-Wahidi dalam Asbabun Nuzul (hal. 191-192). Semua meriwayatkan dari jalan Mu'aan bin Rifa'ah As-Salamy dari Ali bin Yazid dari Al-Qasim bin Abdur Rahman dari Abu Umamah Al-Baahiliy, ia berkata : "Bahwasanya Tsa'labah bin Hathib Al-Anshary datang kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu ia berkata : 'Ya Rasulullah, berdo'alah kepada Allah agar aku dikaruniai harta'. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : "(Ia menyebutkan lafadz hadits di atas)".

Kemudian ia berkata, demi zat yang mengutusmu dengan benar, seandainya engkau memohonkan kepada Allah agar aku dikaruniai harta (yang banyak) sungguh aku akan memberikan haknya (zakat/sedekah) kepada yang berhak menerimanya. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bedo'a :'Ya Allah, karuniakanlah harta kepada Tsa'labah'.

Kemudian ia mendapatkan seekor kambing. lalu kambing itu tumbuh beranak sebagaimana tumbuhnya ulat. Kota Madinah terasa sempit baginya. Sesudah itu, ia menjauh dari Madinah dan tinggal di satu lembah (desa). Karena kesibukannya, ia hanya berjama'ah pada solat zohor dan Asar saja, dan tidak pada solat-solat lainnya. Kemudian kambing itu semakin banyak, maka mulailah ia meninggalkan solat berjemaah sampai solat jumaat pun ia tinggalkan.

Suatu ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya kepada para shahabat : "Apa yang dilakukan Tsa'labah ?" Mereka menjawab :"Ia mendapatkan seekor kambing, lalu kambingnya bertambah banyak sehingga kota Madinah terasa sempit baginya ...." Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengutus dua orang untuk mengambil zakatnya seraya berkata :"Pergilah kalian ke tempat Tsa'labah dan tempat fulan dari Bani Sulaiman, ambillah zakat mereka berdua". Lalu keduanya pergi mendatangi Tsa'labah untuk meminta zakatnya. Sesampainya disana dibacakan surat dari Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Serta merta Tsa'labah berkata : "Apakah yang kalian minta dari saya ini pajak atau sebangsa pajak ? Aku tidak tahu apa yang sebenarnya yang kalian minta ini !.

Lalu keduanya pulang dan menghadap Nabi صلى الله عليه وسلم. Tatkala beliau melihat keduanya (pulang tidak membawa hasil), sebelum berbicara, beliau bersabda : "Celaka engkau, wahai Tsa'labah ! Lalu turun ayat :

وَمِنۡہُم مَّنۡ عَـٰهَدَ ٱللَّهَ لَٮِٕنۡ ءَاتَٮٰنَا مِن فَضۡلِهِۦ لَنَصَّدَّقَنَّ وَلَنَكُونَنَّ مِنَ ٱلصَّـٰلِحِينَ (٧٥) فَلَمَّآ ءَاتَٮٰهُم مِّن فَضۡلِهِۦ بَخِلُواْ بِهِۦ وَتَوَلَّواْ وَّهُم مُّعۡرِضُونَ (٧٦)

"Dan diantara mereka ada yang telah berikrar kepada Allah :'Sesungguhnya jika Allah memberikan sebahagian karunia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan pastilah kami termasuk orang-orang yang soleh. Maka setelah Allah memberikan kepada mereka sebahagian dari karunia-Nya, mereka kikir dengan kurnia itu dan berpaling, dan mereka memanglah orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran)". (At-Taubah : 75-76).

Setelah ayat ini turun, Tsa'labah datang kepada Nabi صلى الله عليه وسلم, ia mohon agar diterima zakatnya. Beliau langsung menjawab :"Allah telah melarangku menerima zakatmu". Sampai Rasul صلى الله عليه وسلم wafat, beliau tidak mahu menerima sedikitpun dari zakatnya. Dan Abu Bakar, Umar, serta Uthman pun tidak mahu menerima zakatnya di masa khilafah mereka.


Keterangan :

Hadits ini sangat Lemah Sekali.
Dalam sanad hadits ini ada dua rawi yang lemah :
1. Ali bin Yazid, Abu Abdil Malik, seorang rawi yang sangat lemah.
Imam Al-Bukhari dalam kitabnya berkata :"Ali bin Yazid, Abu Abdil Malik Al-Alhany Ad-Dimasyqy adalah rawi munkarul hadits". (Lihat : Adh Dhu'afaa'us Shaghiir No. 255).

Imam Nasa'i berkata : "Ia meriwayatkan dari Qasim (bin Abdur Rahman), ia matrukul hadits". (Lihat : Adh-Dhua'faa wal Matrukiin No. 455).

Imam Daruquthny berkata : "Ia seorang matruk (yang ditinggalkan)".

Imam Abu Zur'ah berkata :"Ia bukan orang yang kuat" .
(Periksa : Mizanul I'tidal 3:161, Taqribut Tahdzib 2:46, Al-Jarhu wat Ta'dil 6:208, Lisanul Mizan 7 : 314).

2. Mu'aan bin Rifaa'ah As-Salamy, seorang rawi yang lemah.
Ibnu Hajar berkata : "Ia rawi lemah dan sering memursalkan hadits". (Periksa : Taqribut Tahdzib 2:258).

Kata Imam Adz-Dzahabi :"Ia tidak kuat haditsnya". (Periksa Mizanul I'tidal 4:134).

Para Ulama yang melemahkan hadits-hadits ini diantaranya ialah :

Ibnu Hazm, ia berkata :"Riwayat ini Bathil".(Al-Muhalla 11:207-208).

Al-Iraqy berkata : "Riwayat ini Dha'if". (Lihat Takhrij Ahadist Ihya Ulumudin 3:272)

Ibnu Hajar Al-Asqalany berkata : "Riwayat tersebut Dha'if dan tidak boleh dijadikan hujjah". (Lihat : Fathul Bari 3 :266).

Ibnu Hamzah menukil perkataan Baihaqi :"Dha'if". (Lihat Al-Bayan wat Ta'rif 3:66-67).

Al-Manawi berkata : "Dha'if" (Lihat : Faidhul Qadir 4:527).

Riwayat yang sebenar.

Tsa'labah bin Hathib adalah seorang sahabat yang ikut dalam perang Badar sebagaimana disebutkan oleh :
Ibnu Hibban dalam kitab Ats-Tsiqaat 3:36.

Ibnu Abdil Barr dalam kitab Ad-Durar. halaman 122.

Ibnu Hazm dalam kitab Al-Muhalla 11:208

Ibnu Hajar Al-Asqalany dalam kitab Al-Ishaabah fil Tamyiizis Shahaabah I:198
Dalam buku At-Tasfiyah wat Tarbiyah wa Atsarihima Fisti'nafil Hayat Al-Islamiyyah (hal. 28-29) oleh Ali Hasan Ali Abdul Hamid Al-Halabi Al-Atsary disebutkan pembelaan terhadap sahabat Tsa'labah bin Hathib, ia berkata :"Tsa'labah bin Hathib adalah sahabat yang ikut (hadir) dalam perang Badar".

Sedangkan Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda tentang ahli Badar.
"Ertinya : Tidak akan masuk Neraka seseorang yang ikut serta dalam perang Badar dan perjanjian Hudaibiyah". (Hadits Riwayat Ahmad 3:396).

Sikap Kita :

Sesudah kita mengetahui kelemahan riwayat ini maka tidak halal bagi kita membawakan riwayat Tsa'labah bin Hathib untuk contoh kebakhilan, kerana bila kita bawakan riwayat itu berarti :
Kita berdusta atas nama Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Kita menuduh sahabat ahli Surga dengan tuduhan yang jelek.
Kita berdusta kepada orang yang kita sampaikan cerita tersebut kepadanya.
Ingat, kita tidak boleh sekali kali mencela, memaki atau menuduh dengan tuduhan yang jelek kepada para sahabat Rasululluh صلى الله عليه وسلم.

Beliau bersabda :

"Ertinya : Barangsiapa mencela shahabatku, maka ia mendapat laknat dari Allah, malaikat dan seluruh manusia". (Hadits Riwayat Thabrani).

Wallaahu a'lam bish shawaab.


10 May 2009

Kulliyyah Magrib di Masjid Seri Petaling - 9 Mei 2009


:: DOWNLOAD ::
Kulliyyah Magrib di masjid Seri Petaling pada 14 Jamadilawal 1430 / 9 Mei 2009. Kulliyyah di dalam bahasa Urdu dan di terjemah ke dalam bahasa melayu oleh Maulana Hamid.


09 May 2009

Khutbah Jummat : Miftahul Jannah

Khutbah Jumaat di Surau Ar-Rahman Presint 16 Putrajaya pada 8 Mei 2009.

::
DOWNLOAD ::

08 May 2009

Ayat-Ayat Ruqyah Dari Al-Quran

*Pengertian ayat ruqyah*

Ruqyah secara biasa adalah jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah ) adalah jampi-jampi atau mantera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya. Ianya menggunakan ayat dari Al-Quran.

:: DOWNLOAD ::

Al-Fatehah ( surah 1 : ayat 1-7 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 1-5 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 102 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 163-164 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 255 )
Al-Baqarah ( surah 2 : ayat 285-286 )
Al-Imran ( surah 3 : ayat 18-19 )
Al-A'Araf ( surah 7 : ayat 54-56 )
Al-A'Araf ( surah 7 : ayat 117-122 )
Yunus ( surah 10 : ayat 81-82 )
Taha ( surah 20 : ayat 69 )
Al-Mukminin ( surah 23 : ayat 115-118 )
As-Shaffat ( surah 37 : ayat 1-10 )
Al-Ahqaf ( surah 46 : ayat 29-32 )
Ar-Rahman ( surah 55 : ayat 33-36 )
Al-Hasyr ( surah 59 : ayat 21-24 )
Al-Jin ( surah 72 : ayat 1-9 )
Al-Ikhlas ( surah 112 : ayat 1-4 )
Al-Falaq ( surah 113 : ayat 1-5 )
An-Naas ( surah 114 : ayat 1-6 )

Kritik yang tak adil

Dalam satu majlis jamuan meraikan kejayaan belayar mengelilingi dunia, Ferdinand Magellan telah di sindir oleh sekumpulan pengkritik yang duduk semeja dengannya.

"Ah, belayar mengelilingi dunia bukanlah sepayah mana..." kata seorang penulis dengan kuat.

"Hanya perlukan kapal yang teguh dan peta yang tepat" tambah seorang ahli perniagaan.

"Dan kelasi yang setia" ujar seorang jeneral.

"Tuan-tuan, sekarang ada sebiji telur rebus di tangan saya. Cuba tuan-tuan letakkan telur ini dalam keadaan tegak berdiri," kata Ferdinand Magellan mencabar para pengkritiknya.

"Mana mungkin telur itu diletakkan dalam kedudukan sedemikin," jawab pengkritik setelah mencuba berkali-kali.

Ferdinand memecahkan sebahagian kecil bucu telur itu dan menggunakannya sebagai tapak untuk meletakkan telur itu dalam keadaan tegak.

" Ah, kalau begitu siapa pun boleh melakukannya," kata pengkritik sambil mencebik.

"Ya, setelah aku melakukannya!"

Pengajaran : Kritik yang tidak adil merupakan pujian yang tidak rasmi. Ungkapan ada mengatakan, tidak ada sesiapa yang akan menendang anjing yang telah mati. Maksudnya, selagi ada yang "sudi" mencemuh, itulah petanda kita masih mempunyai kelebihan dan harga diri.

06 May 2009

SOALAN-SOALAN BOCOR

Menurut Abi Barzah ra , Nabi saw pernah bersabda yang bermaksud : “ Tidak berganjak kaki seseorang hamba sehingga ditanya 4 perkara , umurnya dimana dihabiskan , ilmunya apa yang dibuat dengannya , hartanya dari mana diperolehi dan ke mana dihabiskan , dan jasadnya , bagaimana digunakan . ( kata al-Tirmiziy ia adalah hasan sahih )
Manusia tidak dicipta secara sia-sia . Allah swt berfirman dalam surah al-Qiyamat ayat 36 yang bermaksud : “Patutkah manusia menyangka, bahawa ia akan ditinggalkan terbiar (dengan tidak diberikan tanggungjawab dan tidak dihidupkan menerima balasan)?”.
Nikmat kurniaan Allah terlalu banyak , dan nikmat yang dianugerahkan ini perlu disyukuri . Dalam kenyataan Nabi ini , diingatkan kita kepada nikmat yang besar sahaja iaitu ; umur , ilmu , harta dan kesihatan . Semua aktiviti yang dilakukan manusia sebenarnya terbatas dalam keempat perkara ini .
Sebagai contoh , waktu hayat yang diberikan Allah merupakan waktu untuk membolehkan kita beramal dan bekerja demi kepentingan kita di dunia dan akhirat . Gesaan yang terdapat dalam al-Quran tentang peri pentingnya mengisi masa dengan sebaik mungkin terlalu nyata . Hakikat ini dapat dirasakan apabila kita menyelak ayat-ayat yang menyentuh persoalan waktu . Alangkah bahagianya insan yang merasai perselisihan waktu yang berlaku dalam hidup sehingga menyedarkannya terhadap peri pentingnya ‘ times management’ .
Kesedaran terhadap perubahan musim dan suasana boleh menjana kesedaran ke arah produktiviti yang mesti dipertingkatkan . Sepasang suami isteri tentunya menyedari pertambahan usia memestikan pertambahan dari sudut komitmen yang wajar dipertingkatkan . Anak-anak yang merasai perubahan umur menyebabkannya menjadi lebih bersedia untuk masa depan yang belum pasti . Pekerja yang berkhidmat dengan majikannya akan merasai keperluan membaiki mutu kerjanya dengan bertambahnya seniority di tempat kerja .
Perkara kedua yang disentuh oleh hadith yang mulia ini ialah ilmu . Masa merupakan kehidupan seperti yang dijelaskan oleh banyak intisari ayat-ayat al-Quran. Ilmu pula merupakan unsur kehidupan yang paling penting . Ayat-ayat Quran meletakkan kemuliaan manusia yang menyebabkan malaikat perlu sujud kepadanya ialah disebabkan anugerah ilmu yang diberikan kepadanya . Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 30-31 yang bermaksud : “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam, akan segala nama benda-benda dan gunanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Ia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Demikian pula Allah menyatakan dalam surah al-Rahman ayat 3 yang bermaksud : “Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.” . Dengan ilmulah menyebabkan manusia terselamat dari belenggu kesesatan dan kerugian di dunia dan akhirat . Al-Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitab tasawwufnya yang hebat bahawa hati boleh mati jika tidak mendatangi majlis ilmu melebihi 40 hari .
Para pendidik perlulah berusaha menyampaikan ilmu yang merupakan amanah Allah secara dedikasi . Ibu bapa berperanan mengajak anak-anak ke pusat-pusat pendidikan sebagai usaha menyelamatkan generasi itu dari menjadi ketinggalan . Suami hendaklah berusaha memberikan isteri peluang mencari ilmu terutamanya yang bersifat fardhu ain . Galakan dan motivasi perlu diberikan dari masa ke masa .
Perkara ketiga yang disebut dalam hadith ini ialah kepentingan mengawasi harta yang dicari . Harta mestilah dicari dari sumber-sumber yang halal , bukannya diperolehi secara zalim dan menganiaya orang lain . Pemerolehan harta dari sumber yang haram yang menjadi darah daging akan menyebabkan doa ditolak seperti yang dinyatakan dalam hadith sahih . Memakan harta yang haram menyebabkan hubungan antara manusia menjadi porak pranda . Selain itu hati yang berlaku demikian juga akan mewarisi sifat angkuh , keras hati dan menzalimi yang empunya hak .
Selain dari sumber yang akan dipersoalkan di hadapan mahkamah Allah , hamba juga akan disoal kemanakah harta tersebut dibelanjakan .
Penilaian yang paling tinggi disisiNya ialah perbelanjaan untuk jalanNya . Ganjaran yang hebat juga diperuntukkan buat nafkah kepada kaum keluarga . Nabi saw bersabda yang bermaksud : “ dan tidaklah ada keberkatan terhadap rezki yang diperolehi secara haram yang dibelanjakan , dan tidak pula diterima sadaqah dari sumber yang haram dan apa yang ditinggalkan untuk warisnya akan menyebabkan menjadi bekalannya ke neraka, dan tidaklah boleh digunakan untuk menghapuskan dosa dengannya”.
Pesanan terakhir dari hadith ini ialah nikmat kesihatan yang digambarkan menerusi tubuh badan . Pertolongan yang diberikan kepada seorang kawan untuk menaikkan bebanan ke kenderaannya sudahpun dikira di sisi Allah sebagai sedeqah . Pertolongan kepada orang cacat penglihatan juga dikira sedeqah . Demikan juga perkara-perkara lain yang dilakukan dengan anugerah tubuh yang sihat kurniaanNya mestilah digunakan sepenuhnya untuk perkara ketaatan . Rahmat Allah kepada hambaNya menyebabkan hamba yang tidak mampu berpuasa dibolehkan berbuka untuk kesihatan. Demikian juga orang yang bermusafir dibolehkan berbuka untuk membolehkannya menjaga kesihatannya . Di situlah tersembunyi rahsia mengapa Islam mengaharamkan sebarang perkara yang boleh memudaratkan kesihatan .

29 April 2009

Hadith masyhur yang palsu (1)

Tidak dapat disangkal lagi bahawa hadith ini sangat popular sekali, khususnya bagi para penceramah atau pendidik yang menganjurkan pelajar-pelajarnya agar giat menuntut ilmu. Namun ramai yang belum mengetahui apakah hadith ini benar berasal dari lisan Nabi SAW.,?

Hadith :

اُطْلُبُوا اْلعِلْمَ وَلَوْ بِالصِّيْنِ

“Tuntutlah ilmu sekalipun ke negeri China.”

Penjelasan:

Hadith dengan redaksi seperti ini sebagai yang disebutkan Imam as-Suyûthiy dalam buku ini (ad-Durar al-Muntatsirah…) diriwayatkan oleh Ibn ‘Adiy, al-‘Uqailiy, al-Baihaqiy di dalam bukunya “asy-Syu’ab (Syu’ab al-Imân-red.,)” dan Ibn ‘Abd al-Barr di dalam bukunya “Fadll al-‘Ilm” dari Anas RA.

Penahqiq (analis) atas buku yang kita kaji ini, yaitu Syaikh. Muhammad Luthfy ash-Shabbâgh memberikan beberapa penjelasan berikut: “Hadith ini kedudukannya Mawdlû’ (Palsu). Untuk itu, silahkan merujuk kepada buku-buku berikut:

1. al-Mawdlû’ât karya Ibn al-Jawziy, Jld.I, h.215
2. al-La`âliy al-Mashnû’ah Fi al-Ahâdîts al-Mawdlû’ah karya as-Suyûthiy, Jld.I, h.193
3. Tanzîh asy-Syarî’ah al-Marfû’ah ‘An al-Akhbâr asy-Syanî’ah al-Mawdlû’ah karya Ibn ‘Irâq, tahqîq ‘Abdullah Ali ’Abdullathîf, Jld.I, h.258
4. al-Maqâshid al-Hasanah Fî Bayân Katsîr Min al-Ahâdîts al-Musytahirah ‘Ala al-Alsinah, karya as-Sakhâwiy, h.63
5. Akhbâr Ashfihân, Jld.II, h.106
6. al-Majrûhîn karya Ibn Hibbân, tahqiq Mahmûd Musthafa, jld.I, h.382
7. adl-Dlu’afâ` karya al-‘Uqaily, jld.II, h.230
8. al-Kâmil karya Ibn ‘Adiy, jld.I, h.182
9. Tamyîz ath-Thayyib Min al-Khabîts Fîmâ Yadûr ‘Ala Alsinah an-Nâs Min al-Hadîts, karya Ibn ad-Diba’, h.22
10. Kasyf al-Khafâ` wa Muzîl al-Ilbâs ‘Amma isytahara Min al-Ahâdîts ‘Ala Alsinah an-Nâs, karya al-‘Ajlûniy, Jld.I, h.138
11. Dla’îf al-Jâmi’ karya Syaikh al-Albâniy, no.907
12. Jâmi’ Bayân al-‘Ilm karya Ibn ‘Abd al-Barr, jld.I, h.7 dan 154
13. Mîzân al-I’tidâl karya Imam adz-Dzhabiy, jld.I, h.107; II, h.335
14. al-Fawâ`id al-Majmû’ah Fil Ahâdîts al-Mawdlû’ah karya asy-Syawkâniy, Hal.272
15. Tadzkirah al-Mawdlû’ât karya al-Fitniy, h.17
16. al-Fawâ`id al-Maudlû’ah Fil Ahâdîts al-Mawdlû’ah karya al-Karmiy, no.154
17. Faydl al-Qadîr karya as-Sakhâwiy, jld.I, h.542
18. Târîkh Baghdâd karya al-Khathîb al-Baghdâdiy, jld.IX, h.364
19. Silsilah al-Ahâdîts adl-Dla’îfah karya Syaikh al-Albâniy, no.416 (Sumber: ad-Durar al-Muntsirah Fi al-Ahâdîts al-Musytahirah karya Imam as-Suyûthiy, tahqiq Syaikh. Muhammad Lutfhfy ash-Shabbâgh, h.82, no.87)

27 April 2009

Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pun minta taqwa

Rasulllulah sering berdoa :


اللَّهُمَّ آتِ نَفْسِى تَقْوَاهَا وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلاَهَا

“Ya Allah, kurniakanlah kepadaku ketaqwaan dan sucikanlah ia, engkaulah yang menyucikannya. Engkaulah Pelindungnya dan Pemeliharanya.”
(Riwayat Muslim)

Rasullullah seorang insan yang paling mulia pun sering memohon ketaqwaan dan penyucian. Siapalah kita jika hendak di bandingkan dengan Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam?. seharusnya kita kita melakukan perkara yang sama jika kita benar-benar mengakui diri kita sebagai umat Baginda.

Khutbah Jummat : Jambatan Ilmu

:: DOWNLOAD ::

Tajuk : Jambatan Ilmu
Tempat : Masjid Jamek Kuala Lumpur
Tarikh : 28 Rabiulakhir 1430h / 24.4.2009

Kulliyyah Subuh Dr Mohd Noor Manuty

:: DOWNLOAD ::

Penceramah : Dr. Mohd Noor Manuty
Tarikh :1 Jamadiawal 1430h / 26.4.2009
Tempat : Surau An Nur Bandar Baru Bangi

23 April 2009

Keutamaan berzikir

Di sini saya nukilkan sedikit keutamaan zikir untuk renungan bersama.

Allah Ta’ala berfirman:


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةً۬ وَأَصِيلاً
“Hai, orang-orang yang beriman, berzikirlah yang banyak kepada Allah (dengan menyebut namaNya)”. (Al-Ahzaab, 33:42).

وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِى نَفۡسِكَ تَضَرُّعً۬ا وَخِيفَةً۬ وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأَصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَـٰفِلِينَ
“Dan sebutlah (nama) Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut (pada siksaanNya), serta tidak mengeraskan suara, di pagi dan petang hari. Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang lalai”. (Al-A’raaf, 7:205).

Rasul Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

((مَثَلُ الَّذِيْ يَذْكُرُ رَبَّهُ وَالَّذِيْ لاَ يَذْكُرُ رَبَّهُ مَثَلُ الْحَيِّ وَالْمَيِّتِ)).
Perumpamaan orang yang ingat akan Rabbnya dengan orang yang tidak ingat Rabbnya laksana orang yang hidup dengan orang yang mati. [1]



((أَلاَ أُنَبِّئُكُمْ بِخَيْرِ أَعْمَالِكُمْ، وَأَزْكَاهَا عِنْدَ مَلِيْكِكُمْ، وَأَرْفَعِهَا فِيْ دَرَجَاتِكُمْ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ إِنْفَاقِ الذَّهَبِ وَالْوَرِقِ، وَخَيْرٍ لَكُمْ مِنْ أَنْ تَلْقَوْا عَدُوَّكُمْ فَتَضْرِبُوْا أَعْنَاقَهُمْ وَيَضْرِبُوْا أَعْنَاقَكُمْ))؟ قَالُوْا بَلَى. قَالَ: ((ذِكْرُ اللهِ تَعَالَى)).
“Mahukah kamu, aku tunjukkan perbuatanmu yang terbaik, paling suci di sisi Rajamu (Allah), dan paling mengangkat darjatmu; lebih baik bagimu dari infaq emas atau perak, dan lebih baik bagimu daripada bertemu dengan musuhmu, lantas kamu memenggal lehernya atau mereka memenggal lehermu?” Para sahabat yang hadir berkata: “Mahu (wahai Rasulullah)!” Beliau bersabda: “Zikir kepada Allah Yang Maha Tinggi”. [2]

Rasul Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

يَقُوْلُ اللهُ تَعَالَى: ((أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِيْ بِيْ، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِيْ، فَإِنْ ذَكَرَنِيْ فِيْ نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِيْ نَفْسِيْ، وَإِنْ ذَكَرَنِيْ فِيْ مَلأٍ ذَكَرْتُهُ فِيْ مَلأٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ شِبْرًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِيْ يَمْشِيْ أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً)).
Allah Ta’ala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hambaKu kepadaKu, Aku bersamanya (dengan ilmu dan rahmat) bila dia ingat Aku. Jika dia mengingatKu dalam dirinya, Aku mengingatnya dalam diriKu. Jika dia menyebut namaKu dalam suatu perkumpulan, Aku menyebutnya dalam perkumpulan yang lebih baik dari mereka. Bila dia mendekat kepadaKu sejengkal, Aku mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepadaKu sehasta, Aku mendekat kepadanya sedepa. Jika dia datang kepadaKu dengan berjalan (biasa), maka Aku mendatanginya dengan berjalan cepat”. [3]


وَعَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ بُسْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ إِنَّ شَرَائِعَ اْلإِسْلاَمِ قَدْ كَثُرَتْ عَلَيَّ فَأَخْبِرْنِيْ بِشَيْءٍ أَتَشَبَّثُ بِهِ. قَالَ: ((لاَ يَزَالُ لِسَانُكَ رَطْبًا مِنْ ذِكْرِ اللهِ)).
Dari Abdullah bin Busr Radhiallahu’anhu, dia berkata: Bahwa ada seorang lelaki berkata: “Wahai, Rasulullah! Sesungguhnya syari’at Islam telah banyak bagiku, oleh kerana itu, beritahulah aku sesuatu buat pegangan”. Beliau bersabda: “Tidak hentinya lidahmu basah karena dzikir kepada Allah (lidahmu selalu mengucapkannya).” [4]

Rasul Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

((مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللهِ فَلَهُ حَسَنَةٌ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا، لاَ أَقُوْلُ: {الـم} حَرْفٌ؛ وَلَـكِنْ: أَلِفٌ حَرْفٌ، وَلاَمٌ حَرْفٌ، وَمِيْمٌ حَرْفٌ)).
“Barangsiapa yang membaca satu huruf dari Al-Qur’an, akan mendapatkan satu kebaikan. Sedang satu kebaikan akan dilipatkan sepuluh semisalnya. Aku tidak berkata: Alif laam miim, satu huruf. Akan tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim satu huruf.” [5]

وَعَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: خَرَجَ رَسُوْلُ اللهِ وَنَحْنُ فِي الصُّفَّةِ فَقَالَ: ((أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يَغْدُوَ كُلَّ يَوْمٍ إِلَى بُطْحَانَ أَوْ إِلَى الْعَقِيْقِ فَيَأْتِيْ مِنْهُ بِنَاقَتَيْنِ كَوْمَاوَيْنِ فِيْ غَيْرِ اِثْمٍ وَلاَ قَطِيْعَةِ رَحِمٍ؟ )) فَقُلْنَا: يَا رَسُوْلَ اللهِ نُحِبُّ ذَلِكَ. قَالَ: ((أَفَلاَ يَغْدُوْ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَيَعْلَمَ، أَوْ يَقْرَأَ آيَتَيْنِ مِنْ كِتَابِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ خَيْرٌ لَهُ مِنْ نَاقَتَيْنِ، وَثَلاَثٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلاَثٍ، وَأَرْبَعٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَرْبَعٍ، وَمِنْ أَعْدَادِهِنَّ مِنَ اْلإِبِلِ)).

Dari Uqbah bin Amir Radhiallahu’anhu, dia berkata: “Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam keluar, sedang kami di serambi masjid (Madinah). Lalu beliau bersabda: “Siapakah di antara kamu yang senang berangkat pagi pada tiap hari ke Buthhan atau Al-Aqiq, lalu kembali dengan membawa dua unta yang besar punuknya, tanpa mengerjakan dosa atau memutus sanak?” Kami (yang hadir) berkata: “Ya kami senang, wahai Rasulullah!” Lalu beliau bersabda: “Apakah seseorang di antara kamu tidak berangkat pagi ke masjid, lalu memahami atau membaca dua ayat Al-Qur’an, hal itu lebih baik baginya daripada dua unta. Dan (bila memahami atau membaca) tiga (ayat) akan lebih baik daripada memperoleh tiga (unta). Dan (bila memahami atau mengajar) empat ayat akan lebih baik baginya daripada memperoleh empat (unta), dan demikian dari seluruh bilangan unta.” [6]

Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

((مَنْ قَعَدَ مَقْعَدًا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ فِيْهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللهِ تِرَةٌ، وَمَنِ اضْطَجَعَ مَضْجَعًا لَمْ يَذْكُرِ اللهَ فِيْهِ كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللهِ تِرَةٌ)).
“Barangsiapa yang duduk di suatu tempat, lalu tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, pastilah dia mendapatkan hukuman dari Allah dan barangsiapa yang berbaring dalam suatu tempat lalu tidak berzikir kepada Allah, pastilah mendapatkan hukuman dari Allah.” [7]

((مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا اللهَ فِيْهِ، وَلَمْ يُصَلُّوْا عَلَى نَبِيِّهِمْ إِلاَّ كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَةٌ، فَإِنْ شَاءَ عَذَّبَهُمْ وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ)).
“Apabila suatu kaum duduk di majlis, lantas tidak berzikir kepada Allah dan tidak membaca selawat kepada Nabinya, pastilah ia menjadi kekurangan dan penyesalan mereka, maka jika Allah menghendaki bisa menyiksa mereka dan jika menghendaki mengampuni mereka.” [8]

((مَا مِنْ قَوْمٍ يَقُوْمُوْنَ مِنْ مَجْلِسٍ لاَ يَذْكُرُوْنَ اللهَ فِيْهِ إِلاَّ قَامُوْا عَنْ مِثْلِ جِيْفَةِ حِمَارٍ وَكَانَ لَهُمْ حَسْرَةً)).
“Setiap kaum yang berdiri dari suatu majlis, yang mereka tidak berzikir kepada Allah di dalamnya, maka mereka laksana berdiri dari bangkai keledai dan hal itu menjadi penyesalan mereka (di hari Kiamat).” [9]


---------------------------------------
[1] HR. Al-Bukhari dalam Fathul Bari 11/208. Imam Muslim meriwayatkan dengan lafazh sebagai berikut: “Perumpamaan rumah yang digunakan untuk dzikir kepada Allah dengan rumah yang tidak digunakan untuk dzikir, laksana orang hidup dengan yang mati”. (Shahih Muslim 1/539).
[2] HR. At-Tirmidzi 5/459, Ibnu Majah 2/1245. Lihat pula Shahih Tirmidzi 3/139 dan Shahih Ibnu Majah 2/316.
[3] HR. Al-Bukhari 8/171 dan Muslim 4/2061. Lafazh hadits ini riwayat Al-Bukhari.
[4] HR. At-Tirmidzi 5/458, Ibnu Majah 2/1246, lihat pula dalam Shahih At-Tirmidzi 3/139 dan Shahih Ibnu Majah 2/317.
[5] HR. At-Tirmidzi 5/175. Lihat pula Shahih At-Tirmidzi 3/9 dan Shahih Jaami’ush Shaghiir 5/340.
[6] HR. Muslim 1/553.[7] HR. Abu Dawud 4/264; Shahihul Jaami’ 5/342.[8] Shahih At-Tirmidzi 3/140.[9] HR. Abu Dawud 4/264, Ahmad 2/389 dan Shahihul Jami’ 5/176.

22 April 2009

Kulliyyah Maghrib : Bismillah, kunci keberkatan

:: DOWNLOAD ::

Penceramah : Hasan Saari
Tajuk : Bismillah kunci keberkatan.
Tarikh :25 Rabiulakhir 1430h / 21.4.2009
Tempat : Surau An Nur Bandar Baru Bangi


20 April 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم

Majlis Sambutan Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم di Masjid Negara. 15 Rabiulakhir 1430 / 11 April 2009


1 ::
DOWNLOAD :: Video .Muhammad ‘Uthman El-Muhammady

2 ::
DOWNLOAD :: Video .Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)

3 :: DOWNLOAD :: Video. Prof. Dr. Rafi' al-Ani (Mufti Iraq)

4 :: DOWNLOAD :: Video. Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)

5 :: DOWNLOAD :: Video. Tun Abdullah Ahmad Badawi (Mantan PM)

6 :: DOWNLOAD :: Video. Selawat oleh Prof. Dr. Rafi' al-Ani (Mufti Iraq)

Bayan Magrib di Masjid Seri Petaling









:: DOWNLOAD ::

Bayan Magrib di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur. 22 Rabiulakhir 1430 / Sabtu 18 April 2009. Penceramah dari Syiria, Penterjemah Maulana Hamid.

17 April 2009

Rakaman Kuliyah Magrib Dato' Harun Din

:: DOWNLOAD ::

Penceramah : Dato' Dr. Haron Din
Tempat : Surau An Nur, Bandar Baru Bangi
Tajuk : Fiqh Mazhab Syafie Jilid 4, bab peminangan
Tarik : 20 Rabiulakhir 1430 / 16 April 2009 (Khamis)
Masa : Selepas Solat Magrib

16 April 2009

Etika Berpakaian Wanita Islam



بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَقُل لِّلۡمُؤۡمِنَـٰتِ يَغۡضُضۡنَ مِنۡ أَبۡصَـٰرِهِنَّ وَيَحۡفَظۡنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَا‌ۖ وَلۡيَضۡرِبۡنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَىٰ جُيُوبِہِنَّ‌ۖ وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوۡ ءَابَآٮِٕهِنَّ أَوۡ ءَابَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآٮِٕهِنَّ أَوۡ أَبۡنَآءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوۡ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ إِخۡوَٲنِهِنَّ أَوۡ بَنِىٓ أَخَوَٲتِهِنَّ أَوۡ نِسَآٮِٕهِنَّ أَوۡ مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُهُنَّ أَوِ ٱلتَّـٰبِعِينَ غَيۡرِ أُوْلِى ٱلۡإِرۡبَةِ مِنَ ٱلرِّجَالِ أَوِ ٱلطِّفۡلِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يَظۡهَرُواْ عَلَىٰ عَوۡرَٲتِ ٱلنِّسَآءِ‌ۖ وَلَا يَضۡرِبۡنَ بِأَرۡجُلِهِنَّ لِيُعۡلَمَ مَا يُخۡفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ‌ۚ وَتُوبُوٓاْ إِلَى ٱللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ (٣١)



Maksudnya: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

(Al-Nur:31).

Imam Baghawi mengatakan: Yang dimaksudkan dengan perhiasan di sini ialah: perhiasan yang tersembunyi, yakni: gelang kaki, inai di kaki, gelang di pergelangan tangan, anting-anting dan kalung. (Tafsir Baghawi 6/34)

Yang halal didedahkan kepada mahram dan kepada wanita ialah anggota-anggota yang boleh diletakkan perhiasan padanya secara ghalib.
Contohnya:

- tengkuk kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu kalung.
- lengan kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu gelang.
- kaki kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu inai.
- betis kerana ia boleh diletakkan gelang kaki.
- kepala kerana ia boleh diletakkan perhiasan iaitu anting
- Anting di telinganya dan lain-lain.


Manakala anggota yang tidak ada perhiasan, maka tidak boleh didedahkan seperti: dada, paha, perut, dan yang seumpamanya. Anggota-anggota itu hanya khas untuk suami sahaja. (Fatawa Syeikh Masyhur Ali Salman)

Apabila syarak telah mengharamkan membuka aurat, maka ia tidak boleh dikecualikan dengan alasan adat kebiasaan. Kerana setiap adat yang menyalahi syarak adalah adat yang tidak muktabar. Syarak mengiktibar adat sebagai sandaran hukum dalam perkara yang tidak menyalahi nas syarak. (Syarah Qawaed, Al-Zarqa' 1/218)

15 April 2009

Ceramah Y.B Azamuddin Taib - Fiqh Keutamaan








:: DOWNLOAD ::

Penceramah : Y.B Azamuddin Taib
Tempat : Surau An Nur, Bandar Baru Bangi
Tajuk : Fiqh Keutamaan, bab Keutamaan ilmu berbanding amalan
Tarik : 11 Rabiulakhir 1430 / 7 April 2009 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Magrib