28 October 2009

Mengulangi solat fardu

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Mengulangi sembahyang fardhu tanpa sebab yang syar'ie dilarang oleh syarak. Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

لاَ تُصَلُّوا صَلاَةً فِى يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ

Maksudnya: Jangan kamu melakukan satu-satu solat dalam satu hari sebanyak dua kali.
Direkod oleh Abu Daud (no: 579), Nasaie (no: 860), Ibn Khuzaimah (no: 1641).

Dikecualikan seseorang yang telah bersembahyang fardhu terlebih dahulu, kemudian barulah didirikan solat secara jemaah, maka boleh bahkan dituntut supaya mengulangi balik sembahyangnya bersama jemaah. Sembahyang yang diulangi bersama jemaah ini dikira sebagai sunat.

Kerana dalam peristiwa Haji Wida', Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersembahyang Subuh di Masjid Khaif (di Mina), selepas selesai solat baginda melihat ada dua orang yang tidak menyertai solat jemaah. Setelah ditanya, mereka mengatakan telah bersembahyang di kediaman mereka. Lalu baginda bersabda:

فلا تفعلا إذا صليتما في رحالكما ثم أتيتما مسجد جماعة فصليا معهم فإنها لكما نافلة

Maksudnya: Jangan kamu lakukan demikian. Apabila kamu telah bersembahyang di kediaman kamu, kemudian kamu mendatangi masjid jemaah maka bersembahyanglah bersama mereka. Maka sesungguhnya ia menjadi sunat bagi kamu.
Direkod oleh Tirmizi (no: 219) dan katanya "Hadis Hasan Sahih", Nasaie (no: 858).

Jika mengulangi solat fardhu kerana alasan tidak puas hati, dan diulangi pula di rumah bukan secara jemaah, ia tidak dianjurkan syarak. Malahan dilarang.

Apa-apa solat fardhu yang kita tidak puas hati dari segi kesempurnaannya, boleh ditampung dengan melakukan solat-solat sunat. Kecuali jika diyakini berlaku kecacatan dari segi rukun atau syarat yang menyebabkan batal sembahyang, maka hendaklah diulangi balik sembahyangnya.


Wallahu A'lam.

23 October 2009

Kulliyyah Hadith di Masjid Negeri Sabah

:: DOWNLOAD ::

Kulliyyah Hadith di Masjid Negeri Sabah
Tarikh : 1 zulkaedah 1430/20.10.2009
Masa : Selepas Magrib

Kulliyyah syarah kitab “Munyah Al-Musalli” siri ke 6

:: DOWNLOAD ::

Rakaman syarah kitab “Munyah Al-Musalli” di radio IKIM.fm oleh Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman. Ini adalah siri ke 6. Telah di adakan pada hari khamis 3 Zulkaedah/ 22 oktober 2009 jam 9.00 malam.

09 October 2009

Kulliyyah kitab “Munyah Al-Musalli” di radio IKIM.fm (siri ke 5)

:: DOWNLOAD ::

Rakaman syarah kitab “Munyah Al-Musalli” di radio IKIM.fm oleh Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman. Ini adalah siri ke 5. Telah di adakan pada hari khamis 19 syawal / 8 oktober 2009 jam 9.00 malam.

08 October 2009

Kitab Adabul Mufrad

:: DOWNLOAD ::

Kitab Adabul Mufrad karangan Imam al-Bukhari. Kitab di dalam bahasa Arab.

07 October 2009

Belajar tajwid mudah

:: DOWNLOAD ::

Kisah dan tauladan : Jangan mempermainkan sunnah dan hadis

Ibn Khalikan meriwayatkan dalam al-Wafayat dan Ibn Kathir dalam al-Bidayah wan Nihayah dari tulisan Qutubuddin al-Yuniniy berkata yang bermaksud , telah sampai kepada kami cerita tentang seorang lelaki yang dikenali sebagai Abu Salamah dari daerah Busra yang berperangai keji dan gemar mempermainkan hadis.

Pada suatu hari beliau telah mendengar tentang siwak dan kelebihan menggunakannya.Apabila mendengar perkara tersebut, beliau telah pun berkata : "Demi Allah ! Bagiku siwak ini hanyalah layak digunakan di tempat keluar ini", seraya menunjukkan bahagian punggungnya.Beliau lantas mengambil kayu siwak itu lantas memasukkannya ke bahagian punggungnya kemudian mengeluarkannya kembali.


Akibat dari perbuatan kejinya itu beliau telah pun merana selama sembilan bulan mengadu sakit dalam perut dan bahagian dubur.Setelah berlalu Sembilan bulan itu, beliau telah ‘melahirkan’ seekor binatang yang ganjil sifatnya, seperti seekor tikus tetapi memiliki kepala seperti kepala ikan dengan empat taring yang amat besar, ekor yang tajam dan empat batang jari.Bahagian belakangnya pula seumpama belakang arnab.

06 October 2009

Yang penting ialah kehidupan hari Ini!

اسمعْ قول أبي حازمٍ ، إذْ يقولُ : « إنما بيني وبين الملوكِ يومٌ واحدٌ ، أما أمسِ فلا يجدون لذَّته ، وأنا وهُمْ منْ غدٍ على وَجَلٍ ، وإنما هو اليومُ ، فما عسى أن يكون اليومُ ؟!

Cuba teliti akan kata-kata Abu Haazim (Salamah bin Dinar, Abu Haazim al-A`raaj, tabi`ien Syria, w. 140H), "antara aku dan para Raja-raja sama-sama berada pada satu hari saja. Tentang semalam, kenikmatan semalam, mereka dan aku tidak lagi dapat merasakannya; Sementara besok hari, baik aku atau mereka tidak akan mengetahui apa yg bakal terjadi.Sesungguhnya hari ini adalah kehidupan yg sebenarnya, maka yang TERPENTING ialah APA YG ANDA AKAN LAKUKAN HARI INI?"

Takhrih hadith:

حدثنا هاشم ، حدثنا محمد بن إسماعيل ، حدثني أبي ، حدثني ضمضم بن زرعة ، عن شريح بن عبيد ، عن أبي مالك الأشعري ، أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ، قال:اللهم إني أسألك خير هذا اليوم فتحه ونصره ونوره وبركته وهداه أخرجه أبو داود (4/322 ، رقم 5084) ، والطبرانى (3/296 ، رقم 3453) . وأخرجه أيضا : الطبرانى فىالشاميين (2/447 ، رقم 1675) ، والديلمى (1/453 ، رقم 1842)

terjemahnya, dari Abu Maalik al-Asy`ari, dari sebuah do`a RasuluLlah terjemahnya: "Ya Allah, daku pohon kepada-Mu kebaikan pada hari ini, berupa kejayaan, pertolongan, nur (taufiq), keberkahan dan petunjuk MU" HR Abu Daud, Tabrani, dan Dailami, dinilai Hasan oleh al-Albani, sahih al-Jaami`, 352; hasan oleh Imam Ibn al-Qayyim, al-Zaad, 2, 340, sahih isnadnya kata al-Hafiz Zainuddin al-Iraaqi, Takhrij al-Ihya', 1/432)*

La Tahdzan adalah karya bestseller Dr `Aaidh al-Qarni, KSA, versi e-book, saaid.net e-book, ms 154, terjemahan ringkasan

05 October 2009

Bayan Magrib di Masjid Seri Petaling 3.10.2009

:: DOWNLOAD ::

Bayan Magrib di Masjid Seri Petaling
Tarikh : 3.10.2009