13 August 2009

HATI-HATI DENGAN DOA INI!! Doa pelindung dari semua penyakit ?

kepada yang telah menerima email doa seperti di atas minta di abaikan doa tersebut. Telah tersebar melalui e-mail meminta orang ramai mengamalkan dan menyebarkan satu doa pelindung dari penyakit berjangkit, disediakan oleh seorang ustaz dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), lengkap dengan no. telefon (bimbit) dan no. rujukan JAIS.

setelah di selidiki tiada "Bahagian Dakwah Bebas" di JAIS. Nombor telefon itu juga tidak ada jawapan apabila di hubungi.


Doa ini jelas berunsur syirik dan syiah: "... lima dengannya aku memadam kepanasan penyakit berjangkit..... Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah..."

Doa tersebut bukan di ambil dari hadith yang shahih. Doa ini juga pelik kerana ia bertawassul dengan mereka yang telah wafat. Kita hanya boleh memohon perlindungan dari Allah sahaja bukannya dengan manusia kerana ia akan mendatangkan syirik.

Doa tersebut juga di percayai di reka oleh orang syiah. Adalah menjadi pegangan pengikut-pengikut syiah untuk mengagungkan Syaidina Ali, Fatimah dan kedua anak mereka melebihi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sendiri.

Cuba tengok nama syeikh yang disebutkan,saya rasa mungkin ia merujuk kepada Ashaari Muhammad,sebab dia sahaja yang ithbat diri sebagai Putra Bani Tamim Malaysia.Tengok dia punya laqab tuh- At-Tamimi Al-Malizi.

Bukankah ada doa lain yang tsabit dengan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم untuk elak wabak penyakit. Doa yang di syorkan adalah :-


عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

Sumber : - “Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan sore hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.” HR. Abu Dawud 4/323, At- Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332, Al-Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar hal. 39.
- Kitab Hisnul Muslim, Kumpulan Doa dan Dzikir Dari Al Quran dan As Sunnah, Said bin Ali Al Qathani

2 comments:

  1. harituh dapt jugak doa nih kt email..
    agak was2 la..pas tuh saya abaikn..
    seb bek tk amalkan lagi...

    ReplyDelete