27 August 2009

Kulliyyah Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz


"Negara merdeka ummah terbela"

tempat: Auditorium JPA
tarikh : 26.8.2009
masa : 12.30 t/hari

25 August 2009

Doa-doa di bulan puasa

DOA KETIKA BERBUKA BAGI ORANG YANG BERPUASA

ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتَ اْلأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ.

“Telah hilang rasa haus, dan urat-urat telah basah serta pahala akan tetap, insya Allah.”

HR. Abu Dawud 2/306, begitu juga imam hadits yang lain. Dan lihat Shahihul Jami’ 4/209.


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ بِرَحْمَتِكَ الَّتِيْ وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ أَنْ تَغْفِرَ لِيْ.

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan rahmatMu yang meliputi segala sesuatu, supaya memberi ampunan atasku.”

HR. Ibnu Majah 1/557. Menurut Al-Hafidz Ibnu Hajar dalam Takhrij Al-Adzkar, lihat Syarah Al-Adzkar 4/342


DOA APABILA BERBUKA DI RUMAH ORANG

أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُوْنَ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ اْلأَبْرَارُ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمُ الْمَلاَئِكَةُ.

“Semoga orang-orang yang berpuasa berbuka di sisimu dan orang-orang yang baik makan makananmu, serta malaikat mendoakannya, agar kamu mendapat rahmat.”

Sunan Abu Dawud 3/367, Ibnu Majah 1/556 dan An-Nasa’i dalam ‘Amalul Yaum wal Lailah no. 296-298. Al-Albani menyatakan, hadits tersebut shahih dalam Shahih Abi Dawud, 2/730.

DOA ORANG YANG BERPUASA APABILA DIAJAK MAKAN

إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ فَلْيُجِبْ، فَإِنْ كَانَ صَائِمًا فَلْيُصَلِّ وَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا فَلْيَطْعَمْ.

"Apabila seseorang di antara kamu diundang (makan) hendaklah dipenuhi. Apabila puasa, hendaklah mendoakan (kepada orang yang mengundang). Apabila tidak puasa, hendaklah makan.”

HR. Muslim 2/1054.

UCAPAN ORANG YANG PUASA BILA DICACI MAKI

إِنِّيْ صَائِمٌ، إِنِّيْ صَائِمٌ.

"Sesungguhnya aku sedang berpuasa. Sesungguhnya aku sedang berpuasa."

HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bari 4/103, Muslim 2/806.

BERDO’A UNTUK ORANG YANG MEMBERI MINUMAN

اَللَّهُمَّ أَطْعِمْ مَنْ أَطْعَمَنِيْ وَاسْقِ مَنْ سَقَانِيْ.

“Ya Allah! Berilah makan orang yang memberiku makan dan berilah minuman orang yang memberiku minuman.”

HR. Muslim: 3/126


DO’A TAMU KEPADA ORANG YANG MENGHIDANGKAN MAKANAN

اَللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ، وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ.

.“Ya Allah! Berilah berkah apa yang Engkau rezekikan kepada mereka, ampunilah dan belas kasihanilah mereka.”

HR. Muslim: 3/1615

21 August 2009

Kulliyyah Ustaz Fathul Bari

::DOWNLOAD::
Kulliyyah menjelang ramadhan oleh Ustaz Fathul Bari
Tarikh : 20.8.2009 (Khamis)

13 August 2009

Kulliyyah kitab “Munyah Al-Musalli” di radio IKIM.fm (siri ke 3)

:: DOWNLOAD ::

Rakaman syarah kitab “Munyah Al-Musalli” di radio IKIM.fm oleh Dr Abdul Basit bin Abdul Rahman. Ini adalah siri ke 3. Telah di adakan pada hari khamis 22 sya'ban / 13 Ogos 2009 jam 9.00 malam.

Jangan terpedaya dengan risalah doa pelindung H1N1

SHAH ALAM 13 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) meminta orang ramai agar tidak terpedaya dan terkeliru dengan risalah doa pelindung diri daripada jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1) yang kini giat disebarkan kepada orang ramai oleh pihak-pihak tertentu.

Pengarahnya, Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata, risalah yang didakwa disediakan oleh seorang pegawai Bahagian Pendakwah Bebas JAIS itu sebenarnya tiada kaitan dengan pihaknya dan dikhuatiri boleh mengelirukan umat Islam.

Ini kerana kata beliau, setelah merujuk kepada Jabatan Mufti Selangor, doa tersebut bukanlah doa yang khusus bagi melindungi H1N1 yang dimaksudkan tetapi merupakan doa yang diamalkan oleh ahli kumpulan Al-Arqam yang sudah diharamkan. - Utusan


HATI-HATI DENGAN DOA INI!! Doa pelindung dari semua penyakit ?

kepada yang telah menerima email doa seperti di atas minta di abaikan doa tersebut. Telah tersebar melalui e-mail meminta orang ramai mengamalkan dan menyebarkan satu doa pelindung dari penyakit berjangkit, disediakan oleh seorang ustaz dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), lengkap dengan no. telefon (bimbit) dan no. rujukan JAIS.

setelah di selidiki tiada "Bahagian Dakwah Bebas" di JAIS. Nombor telefon itu juga tidak ada jawapan apabila di hubungi.


Doa ini jelas berunsur syirik dan syiah: "... lima dengannya aku memadam kepanasan penyakit berjangkit..... Nabi yang terpilih, Ali yang diredhai, Fatimah..."

Doa tersebut bukan di ambil dari hadith yang shahih. Doa ini juga pelik kerana ia bertawassul dengan mereka yang telah wafat. Kita hanya boleh memohon perlindungan dari Allah sahaja bukannya dengan manusia kerana ia akan mendatangkan syirik.

Doa tersebut juga di percayai di reka oleh orang syiah. Adalah menjadi pegangan pengikut-pengikut syiah untuk mengagungkan Syaidina Ali, Fatimah dan kedua anak mereka melebihi Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم sendiri.

Cuba tengok nama syeikh yang disebutkan,saya rasa mungkin ia merujuk kepada Ashaari Muhammad,sebab dia sahaja yang ithbat diri sebagai Putra Bani Tamim Malaysia.Tengok dia punya laqab tuh- At-Tamimi Al-Malizi.

Bukankah ada doa lain yang tsabit dengan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم untuk elak wabak penyakit. Doa yang di syorkan adalah :-


عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ

Maksud: Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:Berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca (Doa/Zikir):

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.”

Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, maka tidak ada sesuatu pun akan membahayakan dirinya.

Sumber : - “Barangsiapa membacanya sebanyak tiga kali ketika pagi dan sore hari, maka tidak ada sesuatu pun yang membahayakan dirinya.” HR. Abu Dawud 4/323, At- Tirmidzi 5/465, Ibnu Majah dan Ahmad. Lihat Shahih Ibnu Majah 2/332, Al-Allamah Ibnu Baaz berpendapat, isnad hadits tersebut hasan dalam Tuhfatul Akhyar hal. 39.
- Kitab Hisnul Muslim, Kumpulan Doa dan Dzikir Dari Al Quran dan As Sunnah, Said bin Ali Al Qathani

Kulliyyah Ustaz Hasrizal : Ramadhan Mekanisme Perubahan Diri


:: DOWNLOAD ::
Peceramah : Ustaz Hasrizal Abd Jamil
Tempat : Al-Nidaa' TTDI
Tarikh : 21 sya'ban 1430 / 12 Ogos 2009 (Rabu)

12 August 2009

Kulliyyah Zohor Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali (Darul Fuqaha)

::DOWNLOAD::

Penceramah : Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali (Darul Fuqaha)
Tajuk : Muraqabah
Tempat : Surau Blok C7, Kompleks C, Putrajaya
Tarikh : 21 Sya'ban 1430 / 12 Ogos 2009

11 August 2009

Kulliyyah Zohor Ustaz Shauqi Othman

:: DOWNLOAD ::

Penceramah : Ustaz Shauqi Othman
Tajuk : Puasa
Tempat : Surau Blok C7, Kompleks C, Putrajaya
Tarikh : 20 Sya'ban 1430 / 11 Ogos 2009


08 August 2009

Kulliyyah Hadith : 'Maksud Istilah Hadith Hasan'

:: Download ::

Oleh: Ustaz Adlan bin Abd. Aziz
Tarikh: 15 sya'ban 1430 / 6 Ogos 2009 (Khamis)
Masa: 8.30 malam
Tempat: Islamic Info And Services (IIS)

06 August 2009

Kulliyah Magrib Ustaz Shauqi - Bab Puasa

:: DOWNLOAD ::

Penceramah : Ustaz Shauqi Othman
Tajuk : Puasa
Tempat : Surau An Nur Bandar Baru Bangi
Tarikh : 13 Sya'ban 1430 / 4 Ogos 2009